SEMASA

Agong perkenan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 16 Mei : Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan memberi pengampunan penuh kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diberikan kebebasan serta- merta.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz berkata rayuan pengampunan penuh Anwar telah dibentang dan dipertimbangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-51 hari ini.

Menurut kenyataan itu, Yang di-Pertuan Agong berkenan pengampunan penuh diberikan dan  pembebasan serta-merta kepada Anwar setelah dinasihatkan oleh  lembaga pengampunan tersebut selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Umum PKR itu dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh dan sebelum ini dijadual dibebaskan pada 8 Jun.

Kongsikan: