Ahli Perniagaan Saman Najib Dan Isteri Berhubung Cukai Hasil LHDN

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) — Pengarah syarikat Carpet Raya Sdn Bhd, J.R. Deepak Jaikishan memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri serta seorang lagi kerana mendakwa pasangan suami isteri itu bertanggungjawab membayar cukai hasil dikenakan ke atas syarikatnya ketika ahli perniagaan itu menjadi ejen dan proksi kepada mereka. Kesemua plaintif — […]

Dr Mahathir Ketuai Delegasi Malaysia Ke Sidang Kemuncak APEC

Posted Posted in SEMASA

PORT MORESBY (Papua New Guinea), 16 Nov (Bernama) — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-26 di sini dari 17-18 Nov. Kehadiran perdana menteri akan menyediakan peluang untuk mempamerkan Malaysia baharu sebagai demokrasi matang yang menjunjung kedaulatan undang-undang. Ia juga akan menggariskan komitmen dan pendirian […]

Lapan Suspek Kumpulan Pengganas Ditahan – KPN

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) — Seorang warga Filipina yang terlibat memenggal kepala tebusan Kumpulan Abu Sayyaf merupakan antara seorang warga tempatan dan tujuh warga Filipina yang ditahan polis di Sabah dan Putrajaya dalam beberapa serbuan antara 30 Okt dan 12 Nov lalu. Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata operasi menahan kesemua suspek yang disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas itu dilakukan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia. Dalam kenyataan hari […]

Datuk Seri Mohamad Hasan Belum Pasti Untuk Fail Rayuan

Posted Posted in SEMASA

SEREMBAN, 16 Nov (Bernama) — Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan akan berbincang dengan barisan peguamnya keperluan untuk memfailkan rayuan berhubung keputusan petisyen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, yang diputuskan hari ini oleh Mahkamah Tinggi di sini. Beliau yang merupakan responden pertama dalam petisyen yang difailkan calon PKR, Dr S. Streram, berkata beliau menghormati […]

Elakkan Diri Daripada Menjadi Statistik Jenayah Siber

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) — Penggunaan teknologi komunikasi yang saban hari semakin canggih belum tentu dapat melindungi penggunanya daripada menjadi mangsa jenayah siber. Bahkan tanpa kematangan penggunaan teknologi, pengguna yang alpa akan mudah terpedaya dengan liciknya helah penjenayah dan pemutar belit yang semakin angkuh dengan modus operandi mereka. Ini boleh dilihat daripada peningkatan kes […]

Bomba Kemuka Penambahbaikan Operasi Menyelamat Di Air

Posted Posted in SEMASA

KUANTAN, 16 Nov (Bernama) — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengemukakan pelbagai aspek penambahbaikan bagi mengelakkan kematian anggotanya dalam melaksanakan operasi menyelamat air. Ketua Pengarahnya Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata cadangan penambahbaikan itu yang terkandung dalam laporan siasatan tragedi kematian enam anggotanya dikemukakan kepada Kementerian Perumahan dan Kajian Tempatan. “Selain laporan siasatan dalaman, […]

Pindah Kedutaan Dari Tel Aviv Ke Baitulmuqaddis ‘Tidak Membantu’ – Mahathir

Posted Posted in SEMASA

SINGAPURA, 15 Nov (Bernama) – Malaysia pada Khamis menyifatkan langkah Australia hendak memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis sebagai sesuatu yang tidak membantu. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata menambahkan lagi punca keganasan tidak akan membantu. Beliau berkata beliau telah menyentuh perkara itu dalam perbincangan dua hala beliau pada Khamis dengan rakan sejawatannya […]

Tidak Bagi Kapal Perang, Boleh Bagi Bot Kecil – Kata Dr Mahathir Kepada AS

Posted Posted in SEMASA

SINGAPURA, 15 Nov (Bernama) — Tidak dibenarkan kapal perang di perairan ASEAN, namun bot kecil mungkin boleh, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Amerika Syarikat hari ini. “Jika strategi itu tidak melibatkan penghantaran ‘The Seventh Fleet’di kawasan berkenaan, kita akan  menyambut baik perkara itu,” katanya ketika ditanya mengenai pemahaman dan harapan ASEAN terhadap  […]

Pembinaan Parkir Bertingkat Di PPR Dilaksana Secara Berperingkat

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) — Projek pembinaan parkir bertingkat di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bandaraya ini akan dilaksanakan tidak lama lagi bagi mengatasi masalah kekurangan parkir untuk penghuni kediaman berkenaan. Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berkata pelaksanaan projek itu merupakan antara projek yang dalam kajian pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). “Kita […]

PM Tolak Dakwaan Bayaran RM30 Bilion Akan Jejas Operasi Petronas

Posted Posted in SEMASA

SINGAPURA, 14 Nov (Bernama) — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan bahawa bayaran khas RM30 bilion oleh Petronas kepada kerajaan akan menjejaskan operasinya. “Petronas tidak akan memberi wang tersebut sekiranya ia menjejaskan operasi mereka, mereka mampu memberikan RM30 bilion itu. “Mereka pernah memberi kita RM80 bilion pada masa harga minyak berada pada AS$120 […]