Cadangan Jadikan Program I-Suri Mandatori Dalam Masa Tiga Tahun – Wan Azizah

Posted Posted in SEMASA

PUTRAJAYA, 12 Okt (Bernama) — Cadangan menjadikan Skim Caruman Insentif Suri (i-Suri) diharap dapat dialihkan daripada skim sukarela kepada mandatori dalam masa tiga tahun, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Beliau berkata pengumuman belanjawan 2020 yang menyatakan suami boleh memilih untuk menyumbang dua peratus dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) […]

Belanjawan 2020: Banyak Inisiatif Untuk Kurangkan Beban Rakyat

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) — Belanjawan 2020  yang dibentang di Dewan Rakyat pada Jumaat, turut mencadangkan pelbagai inisiatif untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat, termasuk golongan petani, pekebun kecil dan nelayan, serta menyediakan lebih banyak  peluang untuk mereka meningkatkan taraf hidup. Bertemakan Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama, Belanjawan yang dibentang oleh […]

Belanjawan 2020: Pelbagai Insentif Bantu Miliki Rumah – Zuraida

Posted Leave a commentPosted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) — Belanjawan 2020 yang menyediakan pelbagai program dan insentif baharu berkaitan perumahan mampu menyelesaikan masalah pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Malaysia, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin. Beliau berkata peruntukan yang diumumkan semalam itu membawa berita gembira dan ia merupakan langkah tepat dan terperinci dalam usaha membantu rakyat untuk memiliki […]

Belanjawan 2020: Bantuan Subsidi Petrol Diperluaskan Kepada M40

Posted Leave a commentPosted in SEMASA

PUTRAJAYA, 11 Okt (Bernama) — Kerajaan turut memasukkan kriteria penerima baru yang layak menerima  bantuan Program Subsidi Petrol (PSP) dalam Belanjawan 2020 yang dibentangkan hari ini, berbanding hanya penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelum ini. PSP kini juga akan dinikmati oleh rakyat berpendapatan sederhana dalam kategori M40 dan memiliki kenderaan tidak melebihi dua buah kereta dan dua […]

Kenaikan Elaun COLA Bantu Penjawat Awam – CUEPACS

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) – Kenaikan kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) sebanyak RM50 sebulan bagi kumpulan pelaksana dapat membantu meringankan kos sara hidup penjawat awam yang berpendapatan rendah. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda berkata, kos sara hidup yang kian meningkat itu bukan sahaja dirasai penjawat awam di bandar tetapi […]

Kemudahan OKU Di Sekolah Bukti Komitmen Kerajaan Beri Pendidikan Sama Rata

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) — Peruntukan RM23 juta kepada sekolah kebangsaan bagi pembangunan kemudahan mesra Orang Kelainan Upaya (OKU) membuktikan komitmen kerajaan dalam membantu golongan itu mendapat pendidikan sama rata, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik. Beliau berkata peruntukan itu memberi kelegaan kepada ibu bapa pelajar OKU yang ingin anak mereka tidak tercicir dalam […]

Belanjawan 2020 Bukti Kedudukan Kewangan Negara Kukuh – PM

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) — Belanjawan 2020 yang menyediakan peruntukan tambahan kepada pelbagai sektor membuktikan kedudukan kewangan Malaysia masih kukuh, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata pembentangan Belanjawan 2020 bertema ’Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama ke Arah Kemakmuran Bersama’ itu menepis dakwaan ramai bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak boleh mentadbir negara dengan baik. “Ramai […]

Butiran Lanjut Pengambilalihan Lebuh Raya Akan Diputuskan Kemudian – PM

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama)  — Butiran terperinci membabitkan cadangan pengambilalihan lebuh raya akan diputuskan kemudian, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Menurut Perdana Menteri, setakat ini kerajaan telah mengenal pasti kawasan bandar dan luar bandar yang terbabit dalam usaha tersebut. “(Semua) butiran terperinci mengenainya akan diputuskan kemudian,” kata beliau kepada media selepas menghadiri pembentangan Belanjawan 2020 oleh […]

LTTE : Polis Tidak Tolak Kemungkinan Ada Lagi Yang Akan Ditahan

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) — Polis tidak menolak kemungkinan ada lagi individu yang akan ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Malaysia. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata polis mempunyai 28 hari untuk menjalankan siasatan terhadap tujuh individu, […]

Buat Amal Jangan Harap Disanjung Tetapi Untuk Ganjaran Di Akhirat – Mufti

Posted Posted in SEMASA

KANGAR, 11 Okt (Bernama) — Umat Islam disaran sentiasa berbuat amal baik bukan untuk disanjung dan dikenang tetapi atas matlamat mendapat ganjaran di akhirat kelak. Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata justeru seseorang yang banyak menabur bakti dengan pelbagai amalan baik jangan kecewa jika segala jasa dan sumbangan mereka cepat […]