Polis Indonesia Tahan Jamal Yunos

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos yang diburu polis lebih sebulan lalu, ditahan oleh Polis Negara Republik Indonesia (POLRI) pada 6.15 petang, hari ini. Perkara itu disah Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Menurutnya, Polis Diraja Malaysia […]

Ada Keperluan Segera Untuk Semak Semula Undang-Undang Tertentu – Muhyiddin

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) — Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata terdapat keperluan segera untuk menyemak semula undang-undang tertentu yang didapati melanggar hak-hak asasi individu seperti mana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Sehubungan itu, sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan oleh kementerian untuk menyemak semula semua undang-undang di bawah bidang kuasanya bagi melindungi […]

Syed Saddiq cipta sejarah menteri penuh termuda

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) — Anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mencipta sejarah apabila dilantik menyandang jawatan menteri penuh termuda di Malaysia. Beliau yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Belia dan Sukan pada usia 25 tahun mengatasi rekod yang dipegang Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi […]

13 Menteri, 23 Timbalan Menteri Angkat Sumpah

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) — Seramai 13 lagi menteri Kabinet dan 23 timbalan menteri hari ini mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara. Istiadat itu yang berlangsung di Balairong Seri turut disaksikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri Tun […]

ADUN Sungai Kandis meninggal dunia kerana kanser limfoma

Posted Posted in SEMASA

SHAH ALAM, 2 Julai (Bernama) — Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis, Mat Shuhaimi Shafiei, 50, meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya pukul 11.10 pagi ini akibat kanser limfoma. Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah berkata jenazah Allahyarham akan diuruskan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, sejurus […]

Dr Xavier Jayakumar adalah seorang pemimpin disegani, berjiwa rakyat

Posted Posted in SEMASA

SHAH ALAM, 2 Julai (Bernama) — Anggota Parlimen Kuala Langat daripada PKR, Dr Xavier Jayakumar yang dilantik sebagai Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli baharu adalah seorang pemimpin berjiwa rakyat yang disegani semua pihak terutama di kawasan Klang. Doktor gigi berusia 65 tahun itu menerima pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan St Michael, Ipoh, Perak […]

Pelajar Cuba Bunuh Diri Dengan Minum Racun

Posted Posted in SEMASA

IPOH, 2 Julai (Bernama) — Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga cuba bertindak membunuh diri dengan meminum racun jenis paraquat yang ditemuinya di dalam tandas sebuah sekolah di Buntong di sini  Khamis lepas. Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Mohd Ali Tamby berkata mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun oleh gurunya selepas mengalami muntah-muntah dan kini […]