Minat Terhadap Sejarah Islam Dorong Tunku Azizah Berkenan Jadi Canselor UIAM

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) — Minat Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam bidang seni bina, sejarah Islam dan undang-undang Islam mendorong baginda berkenan untuk menjadi Ketua Perlembagaan (Canselor) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Baginda bertitah UIAM juga adalah sebuah universiti Islam yang terkemuka dan berprestij. Raja Permaisuri Agong turut berkongsi […]

Jangan Pandang Ringan Aspek Keselamatan Dan Kesihatan Petugas Media

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) — Organisasi media tidak harus memandangkan ringan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan para petugas ketika membuat liputan di lapangan, kata Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye. Beliau berkata ini kerana petugas media terdedah kepada penyakit dan bahaya lain ketika membuat liputan selain berhadapan […]

“Saya Berbangga Dengan KLIA, Seperti Pada 1998” – Dr Mahathir

Posted Posted in SEMASA

SEPANG, 13 Ogos (Bernama) —  Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, pada majlis sambutan ulang tahun ke-21 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini berkata, beliau berbangga dengan lapangan terbang itu, sepertimana perasaan yang dialaminya pada 1998 semasa merasmikan pembukaan KLIA. “Saya berasa bangga ketika itu kerana ia adalah realisasi sebuah impian dan janji. […]

Hari Jadi Pertama Bawa Harapan Baharu Bagi Ainul Mardhiah

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) — Setelah mengharungi pelbagai dugaan sejak dilahirkan termasuk menjalani pembedahan rumit di London pada usia sembilan bulan untuk membuang ketumbuhan di mulut, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin hari ini meraikan hari jadi pertamanya. Walaupun terpaksa meraikan ulang tahun kelahirannya di wad Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur, Hospital Kuala Lumpur (HKL) […]

Jerebu: Keadaan Terkawal, Orang Ramai Dinasihat Jangan Bimbang

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) — Orang ramai dinasihatkan jangan terlalu bimbang kerana keadaan jerebu yang melanda negara pada masa ini masih berada pada tahap sederhana dan terkawal, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon. Beliau berkata keadaan cuaca panas dan kering yang berlaku ketika ini merupakan fenomena biasa yang dialami setiap tahun. […]

Had Umur PeKa B40 Diturunkan Kepada 40 Tahun

Posted Posted in SEMASA

TEMERLOH, 4 Ogos (Bernama) — Had umur bagi penerima manfaat Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) diturunkan daripada 50 tahun menjadi 40 tahun, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Beliau berkata keputusan itu dipersetujui pada mesyuarat pasca Kabinet baru-baru ini bagi membolehkan lebih ramai golongan berpendapatan rendah melakukan saringan kesihatan dan […]

Pencemaran: K’jaan Negeri Mohon Maaf Kepada Penduduk Pasir Gudang

Posted Posted in SEMASA

JOHOR BAHRU, 4 Ogos (Bernama) — Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal menzahirkan permohonan maaf kerajaan negeri kepada penduduk Pasir Gudang yang terjejas akibat pencemaran udara di kawasan itu sejak 20 Jun lepas. Beliau berkata mungkin terdapat beberapa perkara yang boleh diperbaiki bagi menangani insiden berkenaan. “Sebagai ketua (kerajaan) negeri, saya dengan rendah diri […]

198 Koleksi Barangan Dipamerkan Di ‘Pameran Raja Kita’

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR 2 Ogos (Bernama) — Sebanyak 198 barangan alat kebesaran Diraja dan koleksi peribadi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan dipamerkan pada Pameran Raja Kita, bermula Selasa ini. Pameran tersebut di Muzium Diraja, Istana Negara Lama di sini, diadakan sempena […]

Kebakaran Di Sumatera, Kalimantan Sebabkan Sedikit Berjerebu Di Malaysia

Posted Posted in SEMASA

PUTRAJAYA, 1 Ogos (Bernama) — Keadaan sedikit berjerebu pagi ini yang dikesan di sekitar Lembah Klang, selatan Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan Pantai Barat Sarawak adalah disebabkan oleh jerebu merentasi sempadan akibat kebakaran tanah dan hutan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia. Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kenyataan hari ini berkata Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada […]

Ujian Perintis 5G Diperluaskan Ke Lima Negeri

Posted Posted in SEMASA

PUTRAJAYA, 29 Julai (Bernama) — Ujian perintis rangkaian perkhidmatan 5G akan diperluaskan ke lima negeri selepas dilaksanakan di Putrajaya dan Cyberjaya pada April lepas, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo. Lima negeri terbabit adalah Selangor, Perak, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kedah berikutan cadangan projek yang diterima, katanya. “Fokus kepada lima negeri […]