Program yang memfokuskan kepada produk dan servis yang ditawarkan di Co-opbank Persatuan termasuk pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, sistem pajak gadai Islam, Ar Rahnu serta pelbagai produk kewangan lain.

Panel terdiri daripada mereka yang berpengetahuan luas serta berpengalaman dalam bidang perbankan dan kewangan. Program berkonsep interaktif ini juga membolehkan pendengar BERNAMA Radio berkongsi pendapat dan mengajukan sebarang kemusykilan berhubung kewangan kepada panel daripada Co-opbank Persatuan sendiri.

Program BANK ANDA ini akan menjadi pusat sehenti atau 'One Stop Centre' untuk semua penyelesaian kewangan anda!

PODCAST