Punca Kematian Ahnaf Hanafi Masih Belum DiKetahui

Posted Posted in SEMASA

KUANTAN, 11 Jan (Bernama) — Punca kematian kanak-kanak berusia setahun sebulan, Ahnaf Hanafi Mohd Haniff selepas dihantar ke rumah pengasuhnya semalam, masih belum diketahui. Bapanya Mohd Haniff Selaman@Sulaiman, 28, berkata laporan bedah siasat yang dilakukan di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini malam tadi, sekadar menyatakan punca kematian sebagai ‘masih dalam siasatan’. […]

Menteri Dalam Negeri Tidak Beri Arahan – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Posted Posted in SEMASA

PUTRAJAYA, 11 Jan (Bernama) — Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri tidak memberi arahan untuk menghalang Tun Dr Mahathir Mohamad berjumpa Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim di Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur, semalam. Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata ini berikutan lawatan sebegini memerlukan permohonan dan kelulusannya terletak pada […]

Malaysia, Ocean Infinity Meterai Perjanjian Sambung Semula Pencarian MH370

Posted Leave a commentPosted in SEMASA

PUTRAJAYA, 10 Jan (Bernama) — Malaysia hari ini memeterai perjanjian dengan syarikat eksplorasi dasar laut yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Ocean Infinity Limited, untuk menyambung semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan H370 yang hilang pada 8 Mac, 2014. Memorandum Persefahaman (MoU) itu ditandatangani oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman […]

Kementerian Kesihatan Akan Salur Maklumat Terkini Kes Keracunan Makanan

Posted Posted in SEMASA

IPOH, 10 Jan (Bernama) — Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan kenyataan atau maklumat terkini berhubung kes keracunan makanan yang membabitkan 23 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gerik selepas menikmati makan malam di asrama, Ahad lepas. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi dan Kampung Baru negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata […]

CCTV Dialukan Asal Tidak Ceroboh Privasi Pelajar Dan Guru

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) — Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menyambut baik usaha memasang kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah-sekolah namun berharap tindakan itu tidak sehingga menganggu privasi pelajar dan guru-guru. Presidennya Kamarozaman Abd Razak berkata lokasi pemasangan CCTV sewajarnya tidak menceroboh privasi pelajar dan guru seperti dalam bilik darjah, bilik guru, kawasan […]

Muqharabbin ,Penjelajah Dari Setinggan Ke Grand Slam Pertama Malaysia

Posted Posted in SUKAN

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) — Dari setinggan ke ‘Grand Slam’. Siapa sangka, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin yang dahulunya penghuni di kawasan setinggan Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur kini mampu bergelar penjelajah Grand Slam pertama Malaysia. Tiga belas tahun, satu tempoh perjalanan penuh berliku buat Qobin apabila perlu menawan tujuh puncak tertinggi di tujuh benua […]

Kembalinya Dr Mahathir Sebagai PM Akan Rosakkan Negara – TPM Ahmad Zahid

Posted Posted in POLITIK

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) — Kembalinya Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri boleh menyebabkan kerosakan kepada negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata Dr Mahathir akan mengulangi kesilapan-kesilapan yang pernah dilakukannya sepanjang menjadi perdana menteri selama 22 tahun dari 1981 sehingga 2003. Ahmad Zahid yang juga Menteri […]

Pulang Sejam Awal, Penjawat Awam Hamil Hargai Keprihatinan Kerajaan

Posted Posted in SEMASA

PUTRAJAYA (Bernama) — Memandu pulang dari tempat kerja dalam kesesakan jalan raya mampu memberi tekanan kepada kebanyakan individu, namun bagi ibu mengandung, tekanan yang dihadapi lebih hebat apabila ada antara mereka terpaksa menanggung kesakitan akibat duduk terlalu lama di dalam kenderaan. Justeru, keprihatinan kerajaan melaksanakan kebenaran pulang awal satu jam bagi penjawat awam yang hamil […]

Kumpulan Abu Sayyaf Penggal Kepala Pasangan Suami Isteri Warga Filipina

Posted Posted in SEMASA

MANILA, 5 Jan (Bernama) — Kumpulan pengganas Abu Sayyaf memenggal kepala pasangan suami isteri warga Filipina, di sebuah kampung terpencil di pulau Basilan, selatan negara itu, kata seorang pegawai tentera lapor agensi berita Xinhua. Brig. Jeneral Pasukan Petugas Bersama Basilan, Juvymax Uy berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Abdurahim Kituh dan isterinya, Nadzwa Bahitla, kedua-duanya penduduk […]