STIGMA SARDIN DAN TELUR UNTUK MANGSA BANJIR DIATASI

Posted Posted in SEMASA

  PASIR MAS, 30 Nov (Bernama) – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berjaya mengatasi stigma masyarakat mengenai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang hanya menyediakan sardin dalam tin dan telur ketika musim banjir. Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata kementerian itu telah melantik sebanyak 59 pembekal di Kelantan untuk membekalkan barangan keperluan harian […]

MAHB KEKAL SEBAGAI OPERATOR LAPANGAN TERBANG ISG

Posted Posted in SEMASA

ISTANBU, 29 Nov  (Bernama) – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mahu mengekalkan statusnya sebagai operator Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (ISG) tanpa mengira  kepentingan pemilikannya di Lapangan Terbang Turki itu. Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali berkata walaupun MAHB terbuka untuk mencari rakan kongsi untuk ISG, namun ia tidak ditekan untuk melepaskan sebarang kepentingan dalam lapangan terbang milik penuhnya itu. Beliau berkata MAHB terbuka […]

DIANGGARKAN HAMPIR 1,400 WARGA MALAYSIA TERKANDAS DI BALI

Posted Posted in SEMASA

PUTRAJAYA, 29 Nov (Bernama) – Jabatan Imigresen melalui Bahagian Konsular dan Imigresen, Kedutaan Malaysia di Jakarta telah menghantar satu pasukan khas ke Surabaya,  bagi membantu rakyat Malaysia yang terkandas di Bali ekoran letusan Gunung Agung  di pulau peranginan itu. Jabatan itu, dalam kenyataan hari ini, berkata pasukan khas terdiri daripada dua pegawai dan dua kakitangan tempatan, akan mengurus kira-kira 1,400 rakyat Malaysia yang ingin meninggalkan Kepulauan Bali melalui laluan darat dan seterusnya berlepas melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya. “Fokus utama pasukan ini adalah untuk memberikan perkhidmatan konsular dan hal ehwal imigresen. Pasukan […]

Pertumbuhan KDNK PKS Diunjur Naik Antara 6.5 Peratus – 7.7 Peratus Pada 2018

Posted Posted in bberita, SEMASA

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama)  — Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) diunjurkan meningkat antara 6.5 peratus dan 7.5 peratus pada tahun hadapan berikutan peningkatan peruntukan bagi sektor berkenaan dalam Bajet 2018. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM22.2 bilion bagi pelaksanaan program pembangunan PKS, memperlihatkan peningkatan […]

Yang di-Pertuan Agong Kurnia Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Persekutuan Kepada 611 Penerima

Posted Posted in bberita, SEMASA

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berkenan mengurniakan darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan Tahun 2017 kepada 611 orang penerima. Mendahului senarai sembilan penerima Darjah Johan Mangku Negara (JMN) ialah Ketua Staf Am Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Tengku Ahmad Noor Tuan Chik. Turut menerima darjah JMN ialah Pengarah Kanan […]

Pelajar Cemerlang Malaysia Di US Terima Biasiswa Rhodes Berprestij Tinggi

Posted Posted in Uncategorized

5 tahun lalu nama pelajar cemerlang ini terpapar di surat khabar tempatan apabila menjadi salah seorang penerima biasiswa Kijang Emas Bank Negara Malaysia (BNM) kerana cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 dengan memperolehi 11A+. Pada waktu tersebut Adnan Zikri Jaafar, bekas pelajar SMK Agama Persekutuan, Labu, Negeri Sembilan menyatakan hasratnya untuk membuat kajian Islam […]

Bermodalkan RM500, Lelaki Ini Berjaya Cipta Motosikal Khas Redah Banjir!

Posted Posted in SEMASA

PASIR PUTEH –  Seorang lelaki yang merupakan pengusaha dan pembekal barangan aluminium dan cermin di Kampung Bukit tanah, Selising dekat sini, mencipta motosikal khusus untuk mengharungi banjir. Amin Mohamed, 31, menggunakan imaginasi dan kreativiti tinggi hingga mampu menyiapkan motosikal tersebut dengan bermodalkan wang sebanyak RM500 sahaja. Amin yang telah sejak awal tahun merancang untuk mencipta […]

TNB SEDIA GERAKKAN PASUKAN BERTINDAK KECEMASAN

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) – Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersiap sedia menggerakkan  Pasukan Bertindak Kecemasan yang akan bertugas 24 jam sekiranya keadaan banjir semasa musim  tengkujuh  sekarang bertambah buruk. Pengurus Besar Kanan Bahagian Pembahagian TNB Wan Nazmy Wan Mahmood berkata bilik gerakan di negeri-negeri terlibat banjir juga akan dibuka bagi memantau keadaan dan menyalurkan maklumat terkini berkenaan banjir. Wan Nazmy berkata jika terdapat pencawang elektrik yang ditenggelami air dan operasinya […]

KES BAKAR TAHFIZ: DUA BERADIK DIPENJARA DUA BULAN KERANA DADAH

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) — Dua beradik berusia 16 dan 17 tahun yang dikaitkan berhubung  kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dihukum penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret Kanak-Kanak selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan mereka. Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz memberitahu media bahawa Majistret Zilfinaz Abbas memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara […]

Bapa Saudara Sultan Pahang Mangkat

Posted Posted in Uncategorized

KUANTAN, 28 Nov (Bernama) – Bapa saudara Sultan Pahang, Tengku Panglima Besar Pahang, Tengku Datuk Ibrahim Tengku Sulaiman mangkat akibat sakit tua di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini. Almarhum meninggal dunia pada usia 81 tahun di Wad Diraja HTAA pada jam 7.10 pagi setelah dimasukkan ke hospital berkenaan petang semalam kerana sakit dada. Ahli Jemaah Pangkuan Diraja, […]