TPM simpulkan lawatan sulung ke luar negara beri pendedahan besar

Posted Posted in SEMASA

ULAANBAATAR (Mongolia), 5 Julai (Bernama) — Datuk Seri Dr Wan Azizah menyimpulkan lawatan sulungnya ke luar negara sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke Mongolia adalah satu pendedahan yang hebat dan berjanji untuk mengekalkan perbelanjaan berhemah ketika melaksanakan tugas rasmi di luar negara. “Alhamdulillah. Ia adalah pengalaman pembelajaran yang hebat bagi saya, pendedahan pertama saya mewakili […]

Kecoh Pada Sesi Pertuduhan ‘Ibu Segala Kes’

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) — “Ibu segala kes” dan “bukti nyata undang-undang di negara ini tidak memilih bulu”. Itulah rumusan yang boleh dibuat di sebalik kekecohan yang berlaku pada sesi pertuduhan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semalam. Ianya juga sudah tentu melakar peristiwa besar dan […]

Pembaharuan RTM Selari Keperluan Semasa – Eddin Syazlee

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) — Pembaharuan yang bakal dilaksanakan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan mengikut keperluan semasa terutamanya dalam menghadapi cabaran era digital baharu, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith. Beliau menegaskan pembaharuan yang bakal dilaksanakan itu tidak akan menjejaskan misi dan visi RTM sebagai platform menyebarkan maklumat dan berita […]

Riza Aziz tiba di Ibu Pejabat SPRM hari ini bagi memberi keterangan buat kali ketiga

Posted Posted in SEMASA

PUTRAJAYA, 5 Julai : Riza Aziz, anak tiri bekas Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak,  tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini bagi memberi keterangan buat kali ketiga berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Riza yang menaiki kereta jenis Audi dan berpakaian sut itu tiba pada 11.10 pagi. Beliau yang juga ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat perfileman berpangkalan di Los Angeles, Amerika […]

Virus Denggi: KKM teruskan kajian vaksin Dengvaxia

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meneruskan kajian mengenai vaksin Dengvaxia yang dikatakan mampu mencegah virus denggi sebelum diguna pakai pengamal perubatan. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata tiga perkara akan dititikberatkan sebelum vaksin baharu tersebut didaftarkan iaitu aspek keselamatan, keberkesanan dan kos dari segi ekonomi. “Vaksin ini […]

Datuk Seri Najib Yakin Dapat Bersih Nama Melalui Proses Keadilan

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) — Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dakwaan terhadapnya sudah dijangka dan yakin akan dapat membersihkan namanya menerusi proses keadilan. “Saya tidak bersalah. Ini merupakan peluang terbaik untuk saya membersihkan nama saya setelah ditohmah dan dituduh,” katanya. Katanya beliau turut menghormati keputusan hakim yang mengeluarkan perintah larangan […]

Dua Suspek Kes Bunuh Bayi Lelaki Berusia Lima Bulan Direman Tujuh Hari – Polis

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) — Dua suspek kes bunuh bayi lelaki berusia lima bulan yang ditemui mati di rumah pengasuhnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves, di sini, malam tadi, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan. Ketua Polis Daeah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata pihaknya membuat permohonan reman terhadap […]

Tun Dr Mahathir enggan ulas dakwaan Datuk Seri Najib

Posted Posted in SEMASA

PUTRAJAYA, 4 Julai (Bernama) — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad enggan mengulas dakwaan Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya beliau telah dianiaya. “Lebih baik bertanya kepada beliau (Najib). Saya tidak tahu…,” katanya ringkas ketika ditemui media selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini. Semalam, Najib ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah […]

PBT Sabah cari tapak untuk bangunan penjaja

Posted Posted in SEMASA

KOTA KINABALU, 4 Julai (Bernama) — Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berusaha mencari tapak sesuai untuk membina bangunan khas bagi penempatan semula penjaja di kawasan lapang dan tempat letak kereta di negeri ini. Menterinya Datuk Dr Jaujan Sambakong berkata bagaimanapun usaha membina bangunan khas itu akan dilaksanakan mengikut kemampuan […]

Malaysia ambil inisiatif untuk mengarusperdanakan pengurangan risiko bencana

Posted Posted in LUAR NEGARA, SEMASA

ULAANBAATAR (Mongolia), 4 Julai (Bernama) — Malaysia telah mengambil beberapa inisiatif untuk mengarusperdanakan pengurangan risiko bencana (DRR) ke dalam agenda pembangunannya bagi melindungi pelaburan masa depan di negara itu, satu persidangan mengenai DRR diberitahu di sini pada Rabu. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menghadiri Persidangan Peringkat Menteri Asia Bagi […]