Tun Dr Mahathir enggan ulas dakwaan Datuk Seri Najib

Posted Posted in SEMASA

PUTRAJAYA, 4 Julai (Bernama) — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad enggan mengulas dakwaan Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya beliau telah dianiaya. “Lebih baik bertanya kepada beliau (Najib). Saya tidak tahu…,” katanya ringkas ketika ditemui media selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini. Semalam, Najib ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah […]

PBT Sabah cari tapak untuk bangunan penjaja

Posted Posted in SEMASA

KOTA KINABALU, 4 Julai (Bernama) — Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berusaha mencari tapak sesuai untuk membina bangunan khas bagi penempatan semula penjaja di kawasan lapang dan tempat letak kereta di negeri ini. Menterinya Datuk Dr Jaujan Sambakong berkata bagaimanapun usaha membina bangunan khas itu akan dilaksanakan mengikut kemampuan […]

Malaysia ambil inisiatif untuk mengarusperdanakan pengurangan risiko bencana

Posted Posted in LUAR NEGARA, SEMASA

ULAANBAATAR (Mongolia), 4 Julai (Bernama) — Malaysia telah mengambil beberapa inisiatif untuk mengarusperdanakan pengurangan risiko bencana (DRR) ke dalam agenda pembangunannya bagi melindungi pelaburan masa depan di negara itu, satu persidangan mengenai DRR diberitahu di sini pada Rabu. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menghadiri Persidangan Peringkat Menteri Asia Bagi […]

Hubungan Dua Hala Malaysia – Indonesia Lebih Kukuh – PM Tun Dr. Mahathir

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia akan dimartabatkan ke peringkat yang lebih kukuh lanjutan lawatan rasmi  beliau ke negara itu baru-baru ini. Dr Mahathir dalam catatan laman Twitter rasminya berkata beliau kagum dengan sambutan luar biasa kepadanya dan isteri Tun Dr […]

Datuk Seri Najib Didakwa Atas Tiga Tuduhan Pecah Amanah, Satu Tuduhan Salah Guna Kuasa Dana SRC Rm84 Juta

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahguna jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM84 juta. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Najib selepas keempat-empat pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim […]

Datuk Seri Najib Dibawa Keluar Dari SPRM Menuju Mahkamah KL

Posted Posted in SEMASA

PUTRAJAYA, 4 Julai (Bernama) — Kenderaan yang membawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini pada pukul 7.37 pagi ini. Kenderaan Proton Inspira merah yang membawa Najib diiringi enam kenderaan lain termasuk dua kereta peronda polis dan dua motosikal pengiring. Petugas media […]

Datuk Seri Najib dijangka hadapi lebih 10 pertuduhan pecah amanah berhubung SRC

Posted Posted in SEMASA

Bekas  perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan menghadapi lebih 10 pertuduhan melakukan pecah amanah berkaitan kes SRC International Sdn Bhd. Menurut sumber, Najib akan didakwa atas lebih 10 pertuduhan itu esok di Mahkamah Kuala Lumpur. Mengikut sumber mahkamah, Najib akan dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah 2,  yang terletak di Aras 4, Sayap  […]

Siasatan Dalaman Berhubung Penjualan 64 Lot Tanah Kerajaan DBKL – Khalid Abu Samad

Posted Posted in SEMASA

PUTRAJAYA, 3 Julai (Bernama) —  Kementerian Wilayah akan menjalankan siasatan dalaman berhubung penjualan 64 lot tanah kerajaan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada pemaju, dalam masa terdekat ini. Menterinya, Khalid Abu Samad berkata pihaknya akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menyiasat  sekiranya ada unsur salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah. Bagaimanapun, […]

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Beri Keterangan Kali Kedua di SPRM

Posted Posted in SEMASA

PUTRAJAYA, 3 Julai (Bernama) — Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini bagi memberi keterangan kali kedua berhubung siasatan penyelewengan dana Yayasan Akal Budi. Semalam, SPRM mengarahkan Ahmad Zahid, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, untuk hadir bagi memberi keterangan. Beliau […]