Pengguna Motosikal Kekal Penyumbang Utama Kemalangan Maut

Posted Posted in bberita, SEMASA

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) — Statistik Op Selamat 12 sempena Tahun Baharu Cina 2018 selama 14 hari bermula 9 Feb lepas menunjukkan pengguna motosikal kekal menjadi penyumbang utama kemalangan maut. Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata pengguna motosikal mencatat kematian sebanyak 150 kes diikuti pengguna kereta dengan 46 kematian, lima […]

Tiada Lagi Tsunami Cina Pada PRU14

Posted Posted in bberita, SEMASA

KUANTAN, 28 Feb (Bernama) — PIilihan Raya Umum Ke 14 (PRU-14) yang bakal ‘menjengah’ tidak lama lagi, disifatkan kebanyakan penganalisis politik sebagai pilihan raya paling sengit dan getir yang pernah diadakan di negara ini. Hal ini pernah diakui sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan ia sebagai ‘ibu kepada segala pilihan […]

1MDB ditutup selepas selesai hutang

Posted Posted in bberita, SEMASA

KOTA BHARU: Syarikat pelaburan strategik, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), akan ditutup sebaik saja semua hutang firma itu berjaya diselesaikan. Pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, berkata beliau yakin syarikat itu mampu membayar segala hutang melalui pelan rasionalisasi sedang dilaksanakan. Beliau yang juga Ketua Setiausaha Perbendaharaan, berkata hutang terbabit akan dibayar daripada hasil pendapatan […]

Jumlah Dagangan Malaysia-China Sebanyak US$96.3 Bilion Pada 2017 – PM

Posted Posted in bberita, SEMASA

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) — Jumlah dagangan dua hala antara Malaysia dan China tahun lepas kekal kukuh, sebanyak US$96.3 bilion (US$1=RM3.89), walaupun ekonomi dunia tidak menentu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata kejayaan besar hasil hubungan dua hala ini termasuk kejayaan penubuhan Taman Perindustrian China-Malaysia Qinzhou dan Taman Perindustrian Malaysia-China […]

Permukaan Tanah Tidak Stabil Punca Kren Tumbang – ProLintas

Posted Posted in bberita, SEMASA

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) — Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang (ProLintas) mengesahkan kejadian kren tumbang di MRR2 Ulu Klang-Ampang berpunca daripada permukaan tanah tidak stabil yang menempatkan kren berkenaaan. Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (ProLintas) berkata kejadian itu tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kerosakan harta awam. “ProLintas mengesahkan laporan mengenai kren terbalik di KM25.2 […]

Masjid Terapung Kuching Tertangguh, Dijangka Siap Hujung Tahun

Posted Posted in bberita, SEMASA

KUCHING, 23 Feb (Bernama) — Hasrat penduduk tempatan melihat masjid terapung pertama  seumpamanya di Sarawak yang turut menghiasi Tebingan Sungai Kuching sebagai satu lagi mercu tanda kebanggaan negeri sebelum ketibaan Aidilfitri tahun ini tidak kesampaian, apabila penyiapannya tertunda sehingga hujung tahun ini. Timbalan Pengerusi Lembaga Amanah Khairat Masjid Bandar Kuching Dr Syajahan Sayed Ahmad berkata 60 peratus daripada projek […]

Lima Pegawai Perisik Maut Ditembak Di Afghanistan

Posted Posted in bberita, SEMASA

KABUL, 22 Feb (Bernama) — Lima pegawai agensi perisikan nasional terbunuh pada Khamis selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjata di timur wilayah Parwan, lapor agensi berita China Xinhua memetik akhbar tempatan. Kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Parwan sebelum diserang di daerah Bagram,  lapor Pajhwok Afghan News. Mereka bertugas di wilayah Kapisa yang […]

Malaysia Tidak Bankrap – PM

Posted Posted in bberita, SEMASA

KUALA LUMPUR, 22 Feb  (Bernama) — Perdana menteri hari ini mengulangi bahawa negara tidak bankrap, memandangkan kerajaan berjaya mengurangkan hutangnya kepada 50.4 peratus berbanding 55 peratus had yang ditetapkan sendiri, dengan rizab asing yang lebih tinggi serta projek infrastruktur yang berterusan. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah membuat keputusan yang berani seperti melaksanakan Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi menjana ekonomi, […]

Kerajaan Akan Pastikan Kewujudan Proton – PM

Posted Posted in bberita, SEMASA

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) — Kerajaan akan memastikan kewujudan Proton, menggunakan semua tindakan yang diperlukan, dalam pasaran yang sangat kompetitif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. “Yang mana terpaksa kita selamatkan, kita akan selamatkan,” katanya. Proton terlalu besar untuk gagal, katanya. Proton mempunyai kira-kira 10,000 pekerja, dan dilaporkan sudah membangunkan kira-kira 400 […]