Ada Keperluan Melihat Kepada Pemilihan Dan Perolehan Peralatan Perubatan – PM

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) — Tatkala peralatan perubatan menawarkan kepada penyedia penjagaan kesihatan peluang untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang lebih baik, terdapat pula keperluan kepada pihak berkuasa kebangsaan dari sudut pemilihan dan pemerolehannya, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata pihak berkuasa yang menguruskannya diperlukan kerana ia akan menangani isu keselamatan dan prestasi peralatan perubatan yang berkenaan. “Pihak Berkuasa Peranti Perubatan yang dipertanggungjawab untuk menangani […]

Kepayahan Hidup Bina Kekentalan Dr Mahathir

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) – Mengharungi kepayahan sewaktu usia muda menjadikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seorang yang cukup kental dalam menghadapi apa jua cabaran sehingga muncul sebagai pemimpin yang dihormati di dalam dan luar negara. Apa yang jelas ialah beliau sanggup melakukan apa juga kerja dan merebut peluang yang datang demi kelangsungan […]

Harga Tanah Mahal Mungkin Menyebabkan Harga Hartanah Tidak Mampu Dimiliki Di Kampung Baru – PM Mahathir

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) — Kerajaan boleh menawarkan kadar yang tinggi kepada tuan tanah di Kampung Baru untuk plot masing-masing tetapi ini mungkin memberi implikasi kepada pembangunannya hingga harga hartanah tinggi dan tidak mampu dibeli oleh kebanyakan orang Melayu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Dalam situasi sedemikian, Perdana Menteri berkata beliau bimbang kemungkinan hartanah […]

Kerajaan Disaran Perhalusi Pelaksanaan Tempoh 90 Hari Cuti Bersalin

Posted Posted in SEMASA

Oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) — Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia memberi manfaat yang seimbang kepada majikan dan pekerja. Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata kerajaan harus mempertimbangkan dasar ‘menang-menang’, […]

Isu Cubaan Bunuh Diri Dan Sumbangan Industri Katering Tumpuan Dewan Rakyat

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) — Langkah kerajaan menangani peningkatan cubaan bunuh diri dan sumbangan industri katering kepada negara dijangka mencuri tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Dalam aturan mesyuarat yang dikeluarkan laman web Parlimen, isu berkaitan bunuh diri itu adalah soalan pertama pada sesi Waktu-Waktu Pertanyaan Menteri yang dikemukakan Dr Kelvin Yii Lee […]

Kerajaan Berlandaskan Pelan Hala Tuju Konsolidasi Fiskal Pulihkan Ekonomi – Lim

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) — Kerajaan berada di landasan yang tepat untuk meletakkan semula negara di landasan fiskal dan memulihkan ekonomi seperti digariskan dalam pelan hala tuju kewangan tiga tahun meskipun wujud ketidaktentuan berpanjangan berikutan perang perdagangan Amerika Syarikat-China yang telah menyebabkan rantaian bekalan global terorientasi secara kekal. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata […]

Penguatkuasaan Larangan Penjualan Vape Masih Dalam Kajian

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) — Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa penguatkuasaan larangan penjualan rokok elektronik atau vape, yang menggunakan cecair tanpa nikotin masih dalam perbincangan. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kementeriannya bersama-sama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) masih lagi menjalankan kajian mendalam dan perbincangan termasuk […]

Pelaksanaan 5G, Haram Jual Vape, Tumpuan Dewan Rakyat

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) — Kesediaan kerajaan dalam pelaksanaan teknologi jalur lebar 5G dan sama ada wujud perancangan bagi menghalang penjualan vape, bakal diketahui pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Dalam aturan mesyuarat dikeluarkan laman web Parlimen, perkara berkaitan 5G dibangkitkan pada soalan pertama sewaktu sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan oleh Teh Kok Lim […]

Mekanisme Baharu Penswastaan Lebuh Raya Perlu

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) — Kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan dicadang supaya mencari sebuah mekanisme baharu yang lebih telus dalam penswastaan lebuh raya khasnya memandangkan lebih banyak lebuh raya akan dibina pada masa akan datang, kata penganalis ekonomi Pankaj C. Kumar. Mengulas lanjut mengenai cadangan itu, beliau berkata sesebuah syarikat konsesi lebuh raya tidak boleh […]

40 Rakyat Malaysia Yang Ditahan Di Syria Mahu Pulang

Posted Posted in SEMASA

IPOH, 12 Okt (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berusaha untuk membawa pulang 40 rakyat Malaysia yang ditahan di Syria dipercayai terlibat dengan aktiviti keganasan yang menyatakan hasrat untuk pulang semula ke negara ini. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata jumlah itu melibatkan […]