Siasatan Dalaman Berhubung Penjualan 64 Lot Tanah Kerajaan DBKL – Khalid Abu Samad

Posted Posted in SEMASA

PUTRAJAYA, 3 Julai (Bernama) —  Kementerian Wilayah akan menjalankan siasatan dalaman berhubung penjualan 64 lot tanah kerajaan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada pemaju, dalam masa terdekat ini. Menterinya, Khalid Abu Samad berkata pihaknya akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menyiasat  sekiranya ada unsur salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah. Bagaimanapun, […]

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Beri Keterangan Kali Kedua di SPRM

Posted Posted in SEMASA

PUTRAJAYA, 3 Julai (Bernama) — Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini bagi memberi keterangan kali kedua berhubung siasatan penyelewengan dana Yayasan Akal Budi. Semalam, SPRM mengarahkan Ahmad Zahid, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, untuk hadir bagi memberi keterangan. Beliau […]

Cukai Pelancongan Akan Dikaji Semula

Posted Posted in SEMASA

PUTRAJAYA, 3 Julai (Bernama) — Kerajaan akan mengkaji semula keperluan pelaksanaan Cukai Pelancongan dalam memastikan ia tidak menjejaskan kedatangan pelancong ke negara ini, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi. Katanya cukai yang dikenakan pada kadar RM10 bagi setiap bilik untuk satu malam itu perlu dikaji untuk mengetahui pendapat dan pandangan semua pihak terlibat terutamanya […]

Kemelut Pelantikan Speaker Dun Kedah Dijangka Selesai Esok

Posted Posted in SEMASA

ALOR SETAR, 3 Julai (Bernama) — Pemerhati politik yakin kebuntuan dalam pelantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei lepas akan selesai esok iaitu padahari pertama persidangan DUN berlangsung. Rakyat Kedah yang ditemui juga sesungguhnya mengharapkan isu itu selesai dan tidak mengheret kepada keadaan yang lebih rumit lagi […]

Polis Indonesia Tahan Jamal Yunos

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos yang diburu polis lebih sebulan lalu, ditahan oleh Polis Negara Republik Indonesia (POLRI) pada 6.15 petang, hari ini. Perkara itu disah Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Menurutnya, Polis Diraja Malaysia […]

Ada Keperluan Segera Untuk Semak Semula Undang-Undang Tertentu – Muhyiddin

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) — Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata terdapat keperluan segera untuk menyemak semula undang-undang tertentu yang didapati melanggar hak-hak asasi individu seperti mana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Sehubungan itu, sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan oleh kementerian untuk menyemak semula semua undang-undang di bawah bidang kuasanya bagi melindungi […]

Syed Saddiq cipta sejarah menteri penuh termuda

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) — Anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mencipta sejarah apabila dilantik menyandang jawatan menteri penuh termuda di Malaysia. Beliau yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Belia dan Sukan pada usia 25 tahun mengatasi rekod yang dipegang Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi […]

13 Menteri, 23 Timbalan Menteri Angkat Sumpah

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) — Seramai 13 lagi menteri Kabinet dan 23 timbalan menteri hari ini mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara. Istiadat itu yang berlangsung di Balairong Seri turut disaksikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri Tun […]

ADUN Sungai Kandis meninggal dunia kerana kanser limfoma

Posted Posted in SEMASA

SHAH ALAM, 2 Julai (Bernama) — Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis, Mat Shuhaimi Shafiei, 50, meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya pukul 11.10 pagi ini akibat kanser limfoma. Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah berkata jenazah Allahyarham akan diuruskan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, sejurus […]