Permukaan Tanah Tidak Stabil Punca Kren Tumbang – ProLintas

Posted Posted in bberita, SEMASA

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) — Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang (ProLintas) mengesahkan kejadian kren tumbang di MRR2 Ulu Klang-Ampang berpunca daripada permukaan tanah tidak stabil yang menempatkan kren berkenaaan. Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (ProLintas) berkata kejadian itu tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kerosakan harta awam. “ProLintas mengesahkan laporan mengenai kren terbalik di KM25.2 […]

Bekas Pengurus Besar Bernama, Mohd Raus Borhan Meninggal Dunia

Posted Posted in SEMASA

SEREMBAN, 26 Feb (Bernama) –Bekas Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Mohd Raus Borhan, 71, meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini pagi ini akibat penyakit strok otak. Adik Allahyarham, Anuar Borhan berkata Mohd Raus menghembuskan nafas terakhirnya pukul 3.45 pagi. “Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Paroi Jaya di sini dan dikebumikan […]

20 Nelayan Asing, Dua Bot Ditahan

Posted Posted in SEMASA

KUALA TERENGGANU, 23 Feb (Bernama) — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan 20 nelayan asing dan merampas dua  bot dalam operasi berhampiran pelantar minyak Jernih, kira-kira 110 dan 115 batu nautika dari muka muara Kuala Terengganu, pagi semalam. Tangkapan bot nelayan asing itu merupakan kali ketiga oleh APMM dalam tempoh tidak sampai seminggu sejak 18 dan 21 Feb lalu […]

Masjid Terapung Kuching Tertangguh, Dijangka Siap Hujung Tahun

Posted Posted in bberita, SEMASA

KUCHING, 23 Feb (Bernama) — Hasrat penduduk tempatan melihat masjid terapung pertama  seumpamanya di Sarawak yang turut menghiasi Tebingan Sungai Kuching sebagai satu lagi mercu tanda kebanggaan negeri sebelum ketibaan Aidilfitri tahun ini tidak kesampaian, apabila penyiapannya tertunda sehingga hujung tahun ini. Timbalan Pengerusi Lembaga Amanah Khairat Masjid Bandar Kuching Dr Syajahan Sayed Ahmad berkata 60 peratus daripada projek […]

Lima Pegawai Perisik Maut Ditembak Di Afghanistan

Posted Posted in bberita, SEMASA

KABUL, 22 Feb (Bernama) — Lima pegawai agensi perisikan nasional terbunuh pada Khamis selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjata di timur wilayah Parwan, lapor agensi berita China Xinhua memetik akhbar tempatan. Kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Parwan sebelum diserang di daerah Bagram,  lapor Pajhwok Afghan News. Mereka bertugas di wilayah Kapisa yang […]

Klinik Gigi Tanpa Lesen: Wanita Dipenjara 24 Bulan, Denda RM100,000

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) — Seorang peniaga kosmetik dalam talian dihukum penjara 24 bulan dan didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas didapati bersalah menjalankan perusahaan pergigian tanpa lesen dengan menjalankan prosedur pemasangan pendakap gigi. Hakim Harmi Thamri Mohamad @ Shaharuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Fatin Nabilah Mohamad Hassan, 26, yang merupakan Orang Kena Saman (OKS) selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan […]

Malaysia Tidak Bankrap – PM

Posted Posted in bberita, SEMASA

KUALA LUMPUR, 22 Feb  (Bernama) — Perdana menteri hari ini mengulangi bahawa negara tidak bankrap, memandangkan kerajaan berjaya mengurangkan hutangnya kepada 50.4 peratus berbanding 55 peratus had yang ditetapkan sendiri, dengan rizab asing yang lebih tinggi serta projek infrastruktur yang berterusan. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah membuat keputusan yang berani seperti melaksanakan Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi menjana ekonomi, […]

Kerajaan Akan Pastikan Kewujudan Proton – PM

Posted Posted in bberita, SEMASA

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) — Kerajaan akan memastikan kewujudan Proton, menggunakan semua tindakan yang diperlukan, dalam pasaran yang sangat kompetitif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. “Yang mana terpaksa kita selamatkan, kita akan selamatkan,” katanya. Proton terlalu besar untuk gagal, katanya. Proton mempunyai kira-kira 10,000 pekerja, dan dilaporkan sudah membangunkan kira-kira 400 […]

PM Najib Harap ADAM50 Galakkan Kadar Kelahiran Tinggi

Posted Posted in bberita, SEMASA

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak berharap Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) akan menggalakkan kadar kelahiran yang lebih tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia memandangkan negara ini sedang mencapai kematangan ekonomi. Perdana Menteri berkata negara yang sedang menuju kematangan ekonomi biasanya akan mengalami penurunan kadar kelahiran. Malaysia, katanya, kini menghadapi situasi […]