Jurutera Maut Kemalangan Baru Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Pertama

Posted Posted in SEMASA, Uncategorized

BACHOK, 29 Mac : Jurutera yang maut bersama empat anggota keluarganya dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres di Kampung Jeram Besu di sini, awal pagi semalam, baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan pertama. Lebih memilukan, Muhammad Faezuan Nor Izuddin, 27, juga baru bergelar bapa setelah dikurniakan seorang cahaya mata berusia 62 hari. Nor Asilah Arahim, […]

Inkues Adib: Cik Miera Minta Maaf Buat Kenyataan Di FB Ikut Emosi

Posted Posted in Uncategorized

SHAH ALAM, 27 Mac (Bernama) — “Saya terlalu ikut emosi tanpa ketahui fakta sebenar kejadian,” kata jururawat Institut Jantung Negara (IJN), pemilik akaun Facebook dengan nama Cik Miera, yang memuat komen di laman sosial itu mengenai kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim. Siti Syafika Amira Mohd Rasani, 27, yang berkhidmat di bilik pembedahan IJN […]

Inkues Adib: Pakar Forensik Sahkan Kecederaan Adib Bukan Sebab Dipukul

Posted Posted in Uncategorized

SHAH ALAM, 23 Mac (Bernama) — Seorang saksi pakar forensik dari Hospital Kuala Lumpur hari ini mengesahkan corak kecederaan pada badan arwah Muhammad Adib Mohd Kassim tidak bersepadanan akibat dipukul, ditendang atau ditumbuk. Dr Ahmad Hafizam Hasmi yang bertugas di Jabatan Perubatan Forensik hospital itu memberitahu  Mahkamah Koroner di sini bahawa bedah siasat terhadap mangsa […]

Negara Islam Perlu Berusaha Untuk Setanding Negara Maju – Dr Mahathir

Posted Posted in Uncategorized

ISLAMABAD, 22 Mac (Bernama) — Malaysia dan negara Islam yang lain perlu berusaha agar setanding dengan negara maju, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata Malaysia berpendapat terdapat ruang untuk memperluaskan kerjasama dengan atau antara negara Islam lain. “Hari ini tidak ada satupun negara Islam yang dianggap sebagai negara maju. Sebenarnya Malaysia mempunyai […]

Usaha Berterusan Kembalikan Imej Malaysia Sebagai Negara Berintegriti – PM Tun Dr. Mahathir

Posted Posted in SEMASA, Uncategorized

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) — Kerajaan akan terus menjalankan usaha untuk menentukan imej Malaysia sebagai sebuah negara berintegriti dikembalikan, malah menjadi lebih baik sekarang dan pada masa hadapan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata sejak menjadi kerajaan Mei lepas, pelbagai langkah telah diambil kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk meningkatkan integriti dan […]

MPM Perkenal Subjek Tahfiz Al-Quran STPM Tahun Ini

Posted Posted in SEMASA, Uncategorized

SERI KEMBANGAN, 11 Mac (Bernama) — Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) akan menawarkan subjek Tahfiz Al-Quran bagi Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bermula tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Sukatan Pelajaran Peperiksaan Tahfiz Al-Quran STPM Prof Datuk Dr Zulkifli Mohd Yusoff berkata pengenalan subjek tersebut bertujuan meningkatkan jumlah kemasukan pelajar-pelajar lulusan sijil itu ke universiti awam (UA), […]

Inkues: Adib Beritahu Petugas IJN Dia Dipukul- Doktor

Posted Posted in Uncategorized

SHAH ALAM,  25 Feb (Bernama) — Anggota bomba  Muhammad Adib Mohd Kassim memberitahu seorang petugas Institut Jantung Negara (IJN) bahawa beliau dipukul, Mahkamah Koroner di sini diberitahu hari ini. Perkara ini didedahkan  Perunding Kanan Pakar Bedah Kardiotorasik IJN Datuk Dr Mohamed Ezani Md Taib ketika beliau memberi keterangan sebagai saksi ke-14 dalam inkues berhubung kematian […]

Tempoh Singkat 24 Hari Jayakan Istiadat Pengisytiharan Agong Ke-16

Posted Posted in Uncategorized

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) — Tempoh masa singkat tidak sampai sebulan bukanlah halangan untuk menjayakan istiadat bersejarah membabitkan pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong ke-16, yang dinanti-nantikan seluruh rakyat, dengan penuh meriah dan tersusun rapi. Petugas daripada pelbagai agensi kerajaan berganding bahu untuk memastikan istiadat itu hari ini berjalan lancar. Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela, Azuan […]

Gobind Janji Komited Perkasa Perkhidmatan Kepada Rakyat

Posted Posted in SEMASA, Uncategorized

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) — Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berjanji akan terus komited dalam memperkasa perkhidmatan kepada rakyat melalui fungsi kementeriannya. Dalam amanat beliau sempena Tahun Baharu ini, beliau berkata dasar, polisi, perundangan dan perkara lain di bawah seliaan jabatan dan agensi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan terus ditambah baik […]