Doku @Radio merupakan program dokumentari terbitan penerbit BERNAMA Radio. Jika sebelum ini pendengar hanya mengenali mereka di belakang tabir, Doku @Radio mengetengahkan bakat penulisan dan suara penerbit. Pelbagai topik dan isu akan disiarkan dalam slot 30 minit ini, setiap hari Isnin pukul 8.30 pagi serta ulang siaran pada Jumaat pukul 2.30 petang.