SEMASA

Kerajaan Tubuh Majlis Tindakan Ekonomi

PUTRAJAYA, 11 Feb (Bernama) – Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini mengumumkan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi yang akan bertindak untuk meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan serta kebajikan rakyat.

Matlamat utama majlis tersebut yang dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah untuk merancakkan dan merangsang pertumbuhan ekonomi yang mampan, pengagihan kekayaan yang saksama, serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Majlis ini ditubuhkan bagi menyahut dan bertindak ke atas maklum balas rakyat jelata terhadap masalah yang mereka hadapi, khususnya dalam bidang ekonomi.

“’Ia juga ​​​​​​ akan meneliti isu-isu berkaitan kos sara hidup, guna tenaga, kemiskinan dan pemilikan rumah,” kata PMO dalam satu kenyataan.

Kenyataan Pejabat Perdana Menteri itu turut menyenaraikan anggota Majlis Tindakan Ekonomi;

  • Datuk Seri Azmin Ali – Menteri Hal Ehwal Ekonomi
  • Lim Guan Eng – Menteri Kewangan
  • Datuk Ignatius Darell Leiking – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  • Tuan Baru Bian – Menteri Kerja Raya
  • Dr Muhammed Abdul Khalid – Penasihat Ekonomi Perdana Menteri
  • Tan Sri Rafidah Aziz – Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  • Tan Sri Zeti Akhtar Aziz – Pengerusi Permodalan Nasional Berhad
  • Profesor Dr. Jomo Kwame Sundaram – Ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP)
  • Tan Sri Tay Ah Lek – Pengarah Urusan Public Bank
  • Dr Hasnita Hashim – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat
  • Datuk Shireen Ann Zaharah binti Muhiudeen – Pengerusi Bursa Malaysia
  • Tan Sri Dr Mohd Munir Abdul Majid – Pengerusi Asean Business Advisory Council, Malaysia
  • Datuk Dr Paul Selvaraj – Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
  • Bah Tony @ Amani William Hunt Abdullah – Peguam
  • Nizam Mahshar – Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Institut Masa Depan Malaysia (MASA).​​​​​​

Menurut PMO, pelantikan itu berkuat kuasa serta merta manakala ​​​​​​ sekretariat bagi majlis berkenaan adalah Unit Penyelarasan Perlaksanaan di Jabatan Perdana Menteri.

–BERNAMA

Kongsikan: