Program League Of Bosses merupakan siaran langsung bicarawara interaktif, dikendalikan oleh dua peneraju dan seorang tetamu. Berkonsep santai dan berinformasi secara in person. Objektif program adalah untuk lebih mengenali individu-individu yang berjaya dalam dunia korporat dan cara mereka mengerakkan industri dalam bidang masing-masing. Seterusnya memberi inspirasi kepada pendengar melalui perkongsian pengalaman, buah fikiran tip pengurusan yang efektif dan menjadi wadah dalam mewujudkan satu jaringan mesra antara badan-badan korporat dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program.

Tetamu jemputan adalah merupakan ketua-ketua eksekutif dan tokoh-tokoh yang menerajui badan korporat serta syarikat tempatan yang berjaya dan ternama dalam pelbagai bidang. Program ini akan bersiaran setiap hari Rabu pukul 5.15 - 5.55 petang.

PODCAST