Kemah Keming

Habaq Mai

Atenyer

Punya Siuk

Program Santai Belajar Loghat Negeri di BERNAMA Radio

Kemah Keming | Isnin | (2.35 - 3.00 petang)

Pengisian maklumat tentang program atau aktiviti-aktiviti menarik anak-anak Kelantan di perantauan, berkongsi tempat makan makanan Kelantan bersohor di luar Kelantan dan segmen menarik belajar bahasa, ayat serta loghat Kelantan secara santai untuk dikongsikan bersama pendengar dengan bercakap menggunakan loghat Kelantan bersama peneraju utama Amar Yusoff, Wan Syahrina, Nazira Noran dan Ziana Nasir.


Habaq Mai | Selasa | (2.35 - 3.00 petang)

Berkongsi informasi dengan menggunakan loghat utara, isu-isu dan tempat menarik di lokasi Utara seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara. Segmen Kamus bahasa Utara dan segmen berita utara juga disediakan secara santai dengan menggunakan loghat Utara bersama penerbit program Hashmarr Hashim dan Khairul Hakimi.


Atenyer | Rabu | (2.35 - 3.00 petang)

Program Atenyer mendedahkan pendengar dengan keunikan loghat dan dialek rakyat negeri Perak seperti di daerah Kuala Kangsar, Perak Tengah dan Hulu Perak. Program ini turut berkongsi mengenai tempat-tempat menarik di Perak dan makanan serta tradisi terkenal masyarakat di negeri itu. Program ini diterbitkan dan disampaikan oleh Farrah Idzana dan Afnan Afiq. Dalam program ini, terdapat dua segmen iaitu Moh Belajor, yang berkongsi dengan pendengar mengenai perkataan-perkataan yang digunakan oleh rakyat Perak dalam pertuturan seharian. Segmen kedua pula Ape Cerite? akan berkongsi mengenai isu semasa dan menarik di negeri Perak.


Punya Siuk | Khamis | (2.35 - 3.00 petang)

Pengisian maklumat tentang Negeri Sabah. Bahasa, adat budaya, tempat-tempat yang menarik yang ada di Negeri Sabah. Program ini diterajui dalam bahasa Sabah dan secara tidak langsung mendedahkan pendengar kepada keunikan Negeri Sabah di Bawah Bayu.