SEMASA

MEDIA SOSIAL BOLEH JADI SENJATA AMPUH UNTUK UMNO

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Media sosial boleh menjadi “senjata ampuh” untuk Umno dalam menghadapi persaingan politik era masa kini.

Malahan sejak 2009 lagi Datuk Seri Mohd Najib Razak yang pada waktu itu menyandang jawatan Timbalan Presiden Umno sudah menyedari hakikatnya.

Beliau sendiri aktif menggunakan akaun Twitter dan Facebook miliknya sebagai wadah menyampaikan buah fikiran, maklumat serta penjelasan tentang isu panas kepada rakyat meskipun menerima pelbagai komen negatif.

Pendirian yang sama dikongsi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut menekankan ancaman media sosial yang disifatkan beliau sebagai “ancaman berbeza” ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno, Selasa lalu.

Kongsikan: