Program Ni Hao merupakan program kerjasama antara China Radio International (CRI), Beijing. Ni Hao adalah program interaksi dua hala antara peneraju Bernama Radio dengan CRI menyentuh pelbagai topik dan isu melibatkan kedua-dua negara. Bagi memantapkan lagi kandungan siaran, program ini disiarkan menerusi Live Facebook dan bagi musim baru, pendengar boleh mempelajari bahasa mandarin di hujung siaran.

Program kerjasama ini bersiaran setiap hari iaitu 3.10 hingga 4.00 petang, bersama peneraju utama Shuhadah Armawan dan Natasha Aimee serta penerbit Hezri Rahil.

*image source by kiernter*

PODCASTS