Nota Wartawan adalah segmen laporan khas yang dibawakan oleh wartawan penyiaran dan pengarang BERNAMA Radio berkisarkan topik-topik umum yang berlaku di negara.

TAJUK
NOTA WARTAWAN
PENGARANG/WARTAWAN
Jelajah Agro Tourism Sebut sahaja Cameron Highlands, tentunya kita terbayang suasana nyaman, dingin, strawberi dan ladang teh yang menghijau.

Pelbagai hasil tanaman di tanah tinggi itu turut menjadi tarikan pelancong sama ada dari dalam dan luar negara.

Namun, ramai yang tidak tahu mengenai kewujudan Stesen Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Cameron Highlands yang menawarkan kepelbagaian tanaman dan aktiviti pertanian serta lokasi penginapan.

Wartawan Bernama Radio, Norsiah Ramli baru-baru ini berpeluang ke Stesen MARDI Cameron Highlands menerusi program Road To Agro Tourism anjuran Majlis Pelancongan Malaysia yang disertai pengamal media termasuk penulis blog tempatan.

Norsiah Ramli
Hari Kanser Sedunia Sebut sahaja penyakit kanser, perasaan gerun pasti menyelubungi sesiapa sahaja yang mendengarnya, apatah lagi bagi individu yang mengalaminya.

Ia seolah-olah dianggap penamat segala-galanya yang menyebabkan penghidapnya putus harapan.

Namun dengan kecanggihan teknologi perubatan, adakah stigma tersebut masih relevan?

Ikuti kupasan isu ini dalam Nota Wartawan sempena Hari Kanser Sedunia.

Nadia Khairani
Zakat Fitrah : Mengembalikan Hak, Berkongsi Bahagia Zakat fitrah : Penyucian Jiwa dan Harta, lambang kasih sayang sesama Umat Islam di bulan mulia.

Meskipun rata-rata umat Islam di negara ini menyedari kewajipan dalam melaksanakan ibadah itu, namun masih ramai yang kurang pasti apakah hikmah di sebalik pensyariatannya dalam Islam.

Untuk itu ikuti penjelasannya menerusi kupasan "Zakat Fitrah : Mengembalikan Hak, Berkongsi Bahagia" dalam segmen Nota Wartawan Aidilfitri kali ini.

Nadia Khairani
Lemang bukan sebarang lemang Syawal menjelma lagi menandakan hari kemenangan untuk semua umat Islam selepas sebulan menjalani ibadah puasa.

Pastinya pelbagai juadah menarik akan disajikan bagi melengkapi suasana Syawal terutamanya lemang yang sangat sinonim sebagai satu hidangan wajib tatkala Aidilfitri.

Bagi warga Kuala Lumpur dan sekitarnya, Lemang Pak Ali sering menjadi pilihan bagi penggemar makanan tradisi ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Lemang Pak Ali, ikuti Nota Raya yang disediakan wartawan Farhah Ruslan dan Norsiah Ramli dengan tajuk 'Lemang bukan sebarang lemang'.

Farhah Ruslan dan Norsiah Ramli
Perantauan Saat-saat bersama keluarga pada Hari Raya Aidilfitri merupakan momen yang akan menjadi satu kenangan bagi setiap individu saban tahun.

Ini merupakan masa terbaik bagi mengeratkan hubungan memandangkan ada di antara kita hanya bersua sekali setahun ekoran kesibukan sedia ada.

Namun, pernahkah kita rasai perasaan mereka yang beraya di perantauan?

Ikuti laporan yang disediakan Wartawan Bernama Radio, Isa Zubir dan Fawzan Azmie mengenai coretan mereka yang beraya di perantauan dalam segmen Nota Wartawan Aidilfitri.

Isa Zubir dan Fawzan Azmie
100 Hari Yang Dinanti Esok, 18 Ogos 2018, genap 100 hari kerajaan Pakatan Harapan memerintah negara selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei lepas.

Dalam membicarakan soal 100 hari pemerintahan Pakatan Harapan, pasti juga menjadi perbualan ialah manifesto pilihan raya PH dan sejauh mana ia telah dipenuhi.

Kita ikuti Nota Pengarang Dari Bilik Berita Bernama Radio: 100 Hari Yang Dinanti.

Enn Baleana
Merdeka Tanggal 31 Ogos pada setiap tahun merupakan tarikh keramat bagi seluruh rakyat Malaysia.

Ia merupakan hari yang sangat bermakna buat kita semua kerana pada tarikh itu kita menyambut Hari Kebangsaan.

Perasaan memahami erti kemerdekaan dan menzahirkan Sayangi Malaysiaku diluahkan dalam pelbagai bentuk dan cara oleh rakyat Malaysia.

Ikuti Nota Wartawan: Spiderman Bergayut Kibarkan Jalur Gemilang disediakan oleh wartawan Farhah Ruslan.

Farhah Ruslan

PODCASTS