bberitaSEMASA

PEMUDA UMNO CADANG JAWATAN PRESIDEN, TIMBALAN TIDAK DIPERTANDINGKAN

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Pergerakan Pemuda UMNO hari ini mencadangkan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden parti tidak perlu dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata Pemuda UMNO memberi sokongan sebulat hati kepada Presiden  UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang menjalankan tugas timbalan presiden, untuk terus mengemudi parti.

Ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Khairy berkata keutamaan parti sekarang adalah Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), bukan pemilihan parti.

Kongsikan: