SEMASA

Pengguna Malaysia Sedia Guna AI Automasi Dalam Perbankan Digital

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) – Pengguna Malaysia sedia menerima perkhidmatan bank baru berdasarkan teknologi terkini seperti kecerdasan buatan (AI).

Mereka juga bersedia untuk menyokong perkongsian data dalam persekitaran Perbankan Terbuka, tetapi hanya sekiranya privasi dan kebimbangan keselamatan ditangani.

Perbankan Terbuka membolehkan bank berkongsi data dengan organisasi lain untuk menawarkan perkhidmatan baru kepada pelanggan dan aliran pendapatan baru bagi bank, menurut satu kenyataan.

Penemuan ini adalah hasil penyelidikan baru dari Unisys Corp dalam industri perbankan Malaysia. Ia adalah kajian mengenai sikap pelanggan perbankan di Malaysia, Australia, Hong Kong, Filipina dan Taiwan.

Tinjauan tersebut mendedahkan bahawa pelanggan bank Malaysia mempunyai minat yang kukuh untuk inovasi teknologi bagi membolehkan perkhidmatan bank digital – bergantung kepada jenis transaksi.

Sebanyak 52 peratus pengguna Malaysia selesa dengan bank mereka menggunakan perisian dan algoritma untuk menilai aplikasi kad kredit dalam talian.

Naib Presiden Perkhidmatan Kewangan  Richard Parker berkata semakin kurang pengguna  bersedia untuk menggunakan perkhidmatan membabitkan jumlah kewangan yang besar seperti  aplikasi  pinjaman rumah.

Sementara itu, 40 peratus rakyat Malaysia menyokong bank mereka berkongsi data peribadi mereka dengan syarikat lain untuk mengakses produk kewangan – sokongan kedua tertinggi di Asia Pasifik.

Bagaimanapun, 38 peratus tidak menyokongnya kerana bimbang mengenai privasi dan keselamatan. Malaysia mencatatkan tahap keinginan tertinggi untuk menyimpan maklumat peribadi secara peribadi.

Parker berkata bagi Perbankan Terbuka dilaksanakan di Asia, bank perlu menangani kebimbangan pelanggan tentang bagaimana mereka melindungi data pelanggan – bukan hanya di bank tetapi di semua peringkat jabatan, rakan kongsi dan agensi dalam rantaian nilai.

Unisys  membantu bank untuk menangani kebimbangan ini dengan Elevate (TM) – satu platform perisian perbankan digital dan suite aplikasi yang direka untuk membantu institusi kewangan menyampaikan pengalaman perbankan yang secukupnya, secara langsung kepada pelanggan mereka.

Melalui Elevate (TM), pelanggan akan dapat membayar bil mereka di mana sahaja, memindahkan dana dan memohon pinjaman dan gadai janji bila-bila masa, di mana sahaja – tanpa mengira peranti mudah alih atau tablet.

Firma penyelidikan, OmniPoll menjalankan tinjauan dalam talian pada November 2017, mendapatkanp sampel wakil di peringkat negara sekurang-kurangnya 1,000 orang berumur di atas 18 tahun di setiap negara.

Maklumat lanjut boleh didapati di https://www.unisys.com/insights/research#UBI

–BERNAMA

Kongsikan: