[1 Oktober 2019] Stesen Berita Bisnes Anda
[3 Januari 2011] “Mobile Streaming”
[15 Oktober 2018] Aplikasi Telefon Pintar
[2017 – kini] BERNAMA Radio
[Kota Kinabalu] Perluasan Frekuensi
[Kuching] Perluasan Frekuensi
[Johor] Perluasan Frekuensi
[2010] BERNAMA Radio 24
[3 September 2007] Pelancaran Pertama
Slogan
Lagu Tema
Frekuensi
Latar Belakang
[2007] RADIO 24

[1 Oktober 2019] Stesen Berita Bisnes Anda

Bermula 1 Oktober 2019, Bernama Radio dikenali sebagai Stesen Berita Bisnes Anda yang memberikan tumpuan kepada industri Kecil dan Sederhana, dalam Bahasa Malaysia.

Namun aspek berita turut diberikan perhatian dengan pelbagai segmen serta laporan langsung daripada Biro, Koresponden dan Wartawan Bernama di dalam dan luar negara.

Sebanyak 42 program baharu diperkenalkan untuk mengisi kandungan dari Isnin hingga Jumaat selain temu bual eksklusif bersama Menteri, Kementerian dan Agensi yang akan disiarkan pada hujung minggu.

Perubahan kandungan ini juga mensasarkan 1.2 juta pendengar Bernama Radio menjelang Disember 2020.

[3 Januari 2011] “Mobile Streaming”

  • Siaran Bernama Radio, kini dapat didengari di seluruh dunia menerusi mobile streaming di portal www.bernamaradio.com.my
  • Selain laman sesawang, pendengar boleh mengakses siaran itu dari mana-mana lokasi di seluruh dunia dengan menggunakan Apps BERNAMA menerusi telefon pintar.

[15 Oktober 2018] Aplikasi Telefon Pintar

  • Aplikasi telefon pintar telah diperkenalkan
  • Boleh diperolehi di platform iOS dan Android muat turun di Google Play Store dan App Store
[15 Oktober 2018] Aplikasi Telefon Pintar

[2017 – kini] BERNAMA Radio

  • Penukaran nama BERNAMA Radio 24 dan logo baharu
[2017 – kini] BERNAMA Radio

[Kota Kinabalu] Perluasan Frekuensi

PELANCARAN KOTA KINABALU | 28 MEI 2016

  • Perluasan siaran Bernama Radio ke Kota Kinabalu, Sabah dilancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia YB Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak di pusat beli belah, One Borneo Hypermall.

[Kuching] Perluasan Frekuensi

KUCHING | 8 MAC 2016

  • Siaran diperluaskan ke Kuching, Sarawak.
  • Mula ke udara tepat pada pukul 3 petang melalui frekuensi FM 100.9

 

KOTA KINABALU | 10 MAC 2016

  • Siaran diperluaskan ke Kota Kinabalu, Sabah.
  • Beroperasi 24 jam menerusi frekuensi FM 107.9

 

[Johor] Perluasan Frekuensi

JOHOR | 6 JAN 2012

  • Siaran diperluaskan ke Johor.
  • Mula ke udara tepat pukul 6 petang melalui frekuensi FM 107.5

 

PELANCARAN JOHOR | 20 FEB 2012

  • Perluasan siaran Bernama Radio ke Johor dilancarkan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim di pusat beli belah, The Zon.

[2010] BERNAMA Radio 24

  • Penukaran nama baharu Radio 24

[3 September 2007] Pelancaran Pertama

  • Stesen radio ini telah dilancarkan oleh Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.
  • Bagi fasa pertama, siaran BERNAMA Radio ini terhad di kawasan Lembah Klang dan kawasan sekitarnya.

 

Slogan

(2007) “Berita Pantas, Info Berterusan”

(2017) “Semuanya Tentang Anda”

(2018) “Bernama Radio Untuk Semua, Semuanya Tentang Anda”

(2019) “Semuanya Mengenai Anda” – 1 Januari 2019
“Stesen Berita Bisnes Anda” – 1 Oktober 2019

Lagu Tema

  • “Sebenar, Semasa”

Dilancarkan oleh Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin.

Gubahan lagu oleh Adeline Hoh dan lirik oleh Sheikh Raffie Abdul Rahman.

Lagu dinyanyikan oleh Atilia.

Frekuensi

Boleh didengari menerusi frekuensi:

FM 93.9 (Kuala Lumpur)

FM 107.5 (Johor)

FM 100.9 (Kuching)

FM 107.9 (Kota Kinabalu)

atau secara langsung melalui www.bernamaradio.com.my dan Facebook BERNAMA Radio.

Frekuensi

Latar Belakang

Stesen radio berita dan maklumat yang pertama di Malaysia, BERNAMA Radio memulakan siarannya pada pukul 6 pagi melalui frekuensi FM 93.9.

Stesen radio yang beroperasi 24 jam itu dikendalikan oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) beroperasi di Tingkat 15, Wisma Bernama di Jalan Tun Razak.

Frekuensi BERNAMA Radio iaitu FM 93.9 yang sebelum ini merupakan frekuensi Klasik FM, boleh diikuti oleh warga Lembah Klang serta di sekitar Kuala Selangor, Tanjung Malim dan Seremban.

Stesen itu menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa utama yang meliputi 70 peratus persembahannya manakala bakinya dalam bahasa Inggeris terutama untuk laporan saham dan perniagaan.

[2007] RADIO 24

• Stesen radio berita dan maklumat yang pertama di Malaysia
• Radio24, dikendalikan oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, BERNAMA, melalui BERNAMA BERHAD di mana anak syarikatnya ialah Digital Media Broadcasting Services Sdn Bhd.

[2007] RADIO 24