China Radio International (CRI)

Program Ni Hao merupakan program kerjasama antara China Radio International (CRI), Beijing. Ni Hao adalah program interaksi dua hala antara peneraju Bernama Radio dengan CRI menyentuh pelbagai topik dan isu melibatkan kedua-dua negara. Bagi memantapkan lagi kandungan siaran, program ini disiarkan menerusi Live Facebook dan bagi musim baru, pendengar boleh mempelajari bahasa mandarin di hujung […]

Rentas Kemanusiaan

Program Rentas Kemanusiaan ini dibawakan oleh Muslim Volunteer Malaysia (MVM) adalah berlandaskan kepada kepercayaan serta nilai-nilai Islam. MVM berhasrat mewujudkan masyarakat yang prihatin di mana komuniti diupayakan, tanggungjawab sosial dilaksanakan dan masyarakat bersatu meringankan penderitaan golongan yang memerlukan. Program ini juga berkongsi pengalaman anak muda tentang isu-isu kemanusiaan dan kerja-kerja sukarelawan setiap Jumaat pada pukul […]

Bicara Petang

Menampilkan pelbagai personaliti termasuk dari agensi kerajaan, politik, perniagaan, dan pertubuhan bukan kerajaan ( NGO). Bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, pukul 6.15 petang selama 45 minit tetamu akan diajukan soalan yang relevan dan telus. Program ini juga memberi ruang kepada pendengar untuk menyuarakan pandangan dan soalan kepada tetamu di studio secara langsung. Bersama peneraju utama […]

Cyber Crime

Program Bual Bicara yang berlangsung setiap Selasa pukul 10.15 pagi dengan kerjasama Persatuan Pengguna Siber Malaysia.  Mengupas pelbagai topik berkaitan jenayah siber bagi memberi panduan dan peringatan kepada masyarakat agar tidak menjadi mangsa siber.

Ekspresi Khas

Program temu bual langsung selama 45 minit yang membincangkan isu-isu semasa dan dibincangkan secara telus dan kritis demi kefahaman bersama.

Travel Checklist Bersama Cikgu Murni

Program Travel Checklist menampilkan Cikgu Murni merangkap “travel expert” berkongsi cerita dan kisah mengenai tip percutian, pengalaman dan lokasi menarik yang perlu dikunjungi dengan bajet yang berpatutan. Sebagai “pakar pelancongan”, Cikgu Murni bersama-sama pihak penaja akan menguar-uarkan destinasi terpilih mengikut kesesuaian. Dengan menyentuh nilai – nilai murni sebagai salah satu keperluan masyarakat, Travel Checklist memberikan […]

Lunch Date

Sebuah program bual bicara yang membincangkan isu semasa yang merangkumi politik, ekonomi, sosial, sukan, kebudayaan dan semua hal-hal berkaitan dengan masyarakat. Program ini juga menampilkan tetamu yang berkualiti sesuai dengan topik yang dibincangkan daripada kelompok selebriti sehingga pengurusan tinggi syarikat. Setiap hari Selasa dan Khamis pukul 12.15 tengah hari selama 45 minit bersiaran, bersama peneraju […]

Kartini

Sebuah program bual bicara yang bersiaran secara langsung berkonsepkan wanita dan keluarga. Peneraju dan tetamu akan membincangkan isu-isu semasa serta kisah kehidupan yang boleh dijadikan inspirasi kepada pendengar. Program ini juga memfokuskan informasi  kesihatan, pendidikan, jenayah, kerjaya dan hak asasi yang melibatkan wanita dan kanak-kanak.

Hashtag

Program yang mengetengahkan perkara-perkara viral di laman media sosial. Bersiaran Isnin – Jumaat, 7.35 pagi bersama-sama peneraju Amar Yusoff & Raifa Zuklifli.

A La Carte Pagi

Program bicarawara santai yang lebih menekankan format informatif dengan menampilkan tetamu dan topik dari pelbagai sektor yang bersifat cerita pesona (human interest), peranan agensi-agensi kerajaan dan badan-badan tertentu, kemudahan untuk masyarakat dan lapangan penting lain yang kritikal untuk pengetahuan awam. Turut menampilkan personaliti dan tetamu Kelas A yang berkongsi info untuk manfaat bersama. Setiap hari […]

Loghat Kita

Program Santai Belajar Loghat Negeri di BERNAMA Radio Kemah Keming | Isnin | (2.35 – 3.00 petang) Pengisian maklumat tentang program atau aktiviti-aktiviti menarik anak-anak Kelantan di perantauan, berkongsi tempat makan makanan Kelantan bersohor di luar Kelantan dan segmen menarik belajar bahasa, ayat serta loghat Kelantan secara santai untuk dikongsikan bersama pendengar dengan bercakap menggunakan […]

Layan lagu

Layan lagu memberi peluang kepada pendengar BERNAMA Radio untuk membuat permintaan apa jua genre lagu dan menyampaikan ucapan kepada sesiapa sahaja. Permintaan boleh dibuat menerusi mesej ke inbox Facebook  Page BERNAMA Radio atau secara telefon di talian 03-26927939.  Layan lagu akan ke udara setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada jam 8.00 hingga 9.00 malam bersama peneraju […]