Program Rentas Kemanusiaan ini dibawakan oleh Muslim Volunteer Malaysia (MVM) adalah berlandaskan kepada kepercayaan serta nilai-nilai Islam. MVM berhasrat mewujudkan masyarakat yang prihatin di mana komuniti diupayakan, tanggungjawab sosial dilaksanakan dan masyarakat bersatu meringankan penderitaan golongan yang memerlukan.

Program ini juga berkongsi pengalaman anak muda tentang isu-isu kemanusiaan dan kerja-kerja sukarelawan setiap Jumaat pada pukul 11:15 pagi. Layari pautan ini untuk sumbangan https://mvm.org.my/