Penduduk Perlu Dapat Kelulusan PBT Laksana Pertanian Bandar

Posted Posted in SEMASA

MELAKA, 25 Feb (Bernama) — Penduduk di kawasan perumahan dibenarkan melaksanakan pertanian bandar di tanah lapang di sekitar mereka namun perlu mendapatkan kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) terlebih dahulu, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin. Beliau berkata langkah itu selaras dengan Local Agenda 21 untuk menggalakkan pelaksanaan pertanian bandar di semua peringkat […]

Melaka Tubuh Jabatan Pendidikan Islam – Ketua Menteri

Posted Posted in SEMASA

MELAKA, 2 Jan (Bernama) — Kerajaan negeri Melaka akan menubuhkan Jabatan Pendidikan Islam Melaka bagi memberi fokus pada pembangunan sektor berkenaan secara lebih menyeluruh dan mampan, selewat-lewatnya Mac depan, kata Ketua Menteri Adly Zahari. Katanya jabatan itu akan diletakkan di bawah Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi menyelia dan menyelaras sistem pendidikan Islam melibatkan Sekolah Agama […]

Bekas kapten kebangsaan, Shukor Adan Pasang Impian Bawa Melaka United ke Piala AFC

Posted Posted in SEMASA

MELAKA, 31 Dis (Bernama) — Bekas kapten kebangsaan, Shukor Adan memasang impian untuk  membawa Melaka United beraksi di Piala AFC selepas kembali menabur bakti di negeri kelahirannya pada saingan Liga Malaysia musim depan. Pemain berusia 39 tahun itu berkata usia yang semakin meningkat itu bukan satu halangan dalam sukan bola sepak namun beliau berazam untuk mencapai sesuatu […]

Melayu Terperangkap Perlumbaan Conteng Arang Sesama Sendiri – Sultan Nazrin

Posted Posted in SEMASA

MELAKA, 7 Dis (Bernama) – Umat Melayu Islam sedang terperangkap dalam perlumbaan menconteng arang sesama sendiri, masing-masing ghairah menepuk air di dulang dan airnya semakin terpercik ke muka sendiri, titah Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Titah baginda budaya politik negara ini menjelmakan ketaksuban baharu, menghidupkan budaya asabiah dan menganjurkan pemikiran mengutamakan kesetiaan […]

Persatuan Nasihati Masyarakat Berhati-hati Dengan Ahli Fisioterapi Palsu

Posted Posted in SEMASA

MELAKA, 26 Sept (Bernama) — Persatuan Fisioterapi Malaysia menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati apabila didatangi individu yang mendakwa mereka ahli fisioterapi bertauliah. Presidennya Yew Su Fen berkata persatuan itu yang mewakili 980 anggota, menerima banyak aduan  berhubung individu mendakwa mereka ahli fisioterapi bertauliah namun menunjuk ajar teknik  senaman  yang salah yang boleh mendatangkan kecederaan […]