UMNO Lulus Usul Dua Jawatan Tertinggi Parti Tidak Dipertandingkan

Posted Posted in bberita, SEMASA

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) — Perhimpunan Agung UMNO 2017 hari ini sebulat suara meluluskan usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang. Pengerusi Tetap UMNO Tan Sri Badruddin Amiruldin mengumumkan keputusan itu selepas perwakilan mengundi bersetuju dengan usul yang dicadangkan wakil pergerakan Pemuda UMNO Datuk Mohamad Sahfri Ab […]

SOKONGAN RAKYAT MALAYSIA DI LUAR NEGARA BANTU MAJUKAN UMNO, BN

Posted Posted in Uncategorized

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) — Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata parti keramat Melayu itu dan Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergerak maju tanpa sokongan semua pihak termasuk yang berada di luar negara. Beliau berkata landskap politik negara kian mencabar dan memerlukan kerjasama semua pihak dalam menjayakan agenda pembangunan negara seperti program Transformasi Nasional 2050 (TN50). Menteri Pertahanan itu berkata demikian selepas perjumpaan dengan Kelab UMNO Luar Negara […]

Ucapan Presiden UMNO Beri Amanat Jelas Perpaduan, Prasyarat UMNO Menangi PRU14

Posted Posted in bberita, SEMASA

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) — Ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak   menyampaikan amanat jelas kepada barisan kepimpinan dan anggota parti untuk mengukuhkan perpaduan, satu prasyarat penting bagi UMNO memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan perdana menteri, yang menjalankan tugas timbalan […]

PRU14 Tentukan Survival Bangsa, Masa Depan Rakyat,Negara – Presiden UMNO

Posted Posted in bberita, SEMASA

Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) mempunyai misi yang amat besar dalam menentukan survival bangsa, masa depan rakyat serta negara keseluruhannya, bukan hanya demi UMNO dan Barisan Nasional (BN). Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ini kerana pilihan raya umum itu akan meletakkan rakyat di satu persimpangan pemutus, lagi monumental yang akan menjadi penentu […]

PEMUDA UMNO CADANG JAWATAN PRESIDEN, TIMBALAN TIDAK DIPERTANDINGKAN

Posted Posted in bberita, SEMASA

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Pergerakan Pemuda UMNO hari ini mencadangkan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden parti tidak perlu dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang. Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata Pemuda UMNO memberi sokongan sebulat hati kepada Presiden  UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang menjalankan tugas timbalan presiden, untuk terus mengemudi parti. Ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia […]