SPM 2018: Sekolah Luar Bandar Sabah Atasi Pencapaian Sekolah Bandar

Posted Posted in SEMASA

KOTA KINABALU, 14 Mac (Bernama) — Sekolah luar bandar Sabah buat pertama kali mengatasi pencapaian sekolah bandar dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi 2018 dengan jurang perbezaan lulus sebanyak 0.99 peratus. Pengarah Pendidikan Sabah Mistirine Radin berkata sekolah luar bandar mencatat kadar lulus dalam SPM 2018 sebanyak 88.18 peratus manakala sekolah bandar 87.19 peratus, […]

Enam Ditahan Disyaki Terlibat Kumpulan Pengganas – Ketua Polis Negara

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) — Polis menahan enam individu termasuk empat warga asing yang dipercayai terlibat dalam kumpulan pengganas menerusi beberapa operasi di Johor, Selangor dan Sabah dalam tempoh 19 Dis hingga 28 Jan lalu. Ketua Polis Negara Tan Sri Muhamad Fuzi Harun berkata suspek yang diberkas  oleh Bahagian E8 Counter Terrorism Cawangan Khas […]

Dr. Mahathir Sahkan BERSATU Masuk Sabah

Posted Posted in SEMASA

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) — Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata parti itu bersetuju untuk menubuhkan cawangannya di Sabah bagi membolehkan bekas anggota UMNO Sabah menyertainya. Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri, berkata keputusan itu dibuat selepas anggota UMNO Sabah yang bertindak keluar parti tidak mahu menyertai […]

Prestasi Kementerian di Sabah Akan Dipantau Rapi – Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

Posted Posted in SEMASA

KOTA KINABALU, 23 Nov (Bernama) — Prestasi setiap kementerian di Sabah akan dipantau rapi bagi memastikan perkhidmatan kepada rakyat dapat terus dipertingkat, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Katanya untuk itu, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) setiap kementerian akan dilancarkan pada 6 Dis ini. “Kita mahu setiap dasar yang dilaksanakan kerajaan sampai kepada sasaran. Oleh itu kita mahu perkhidmatan awam di negeri ini membuat perubahan dari semasa ke semasa,” katanya  kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Seminar […]

Kementerian Pertanian bincang dengan Menteri Pendidikan cadangan bekal susu segar Keningau ke sekolah – Datuk Salahuddin Ayub Salahuddin

Posted Posted in SEMASA

KENINGAU, 18 Sept (Bernama) – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata, beliau akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan mengenai cadangan menjadikan susu segar bermutu tinggi ‘Eco – Yap Fresh Milk’, yang dikeluarkan di ladang Keningau, di sini untuk dibekalkan ke sekolah-sekolah di negara ini. Katanya, perbincangan dengan kementerian berkenaan perlu sebelum cadangan […]

Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman akan pulang ke tanah air

Posted Posted in SEMASA

KOTA KINABALU, 21 Ogos (Bernama) — Bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman akan kembali ke tanah air selepas menerima rawatan di The Clementine Churchill Hospital, London, walaupun tindakan itu bertentangan dengan nasihat doktor yang merawatnya. Bekas setiausaha politiknya Joh Wid yang juga pegawai khas kepada Musa memaklumkan perkara itu dalam status yang dimuat […]

Murid SK Sukau Terpaksa Belajar di Bangunan Bekas Kantin

Posted Posted in SEMASA

KINABATANGAN, 20 Julai (Bernama) — Seramai 54 murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan (SK) Sukau dekat sini terpaksa mengikuti sesi pembelajaran di bangunan bekas kantin berstruktur kayu sekolah itu. Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sukau Takrin Abdullah berkata murid di sekolah itu mengikuti sesi pembelajaran yang tidak selesa dan kondusif disebabkan kekurangan bilik […]

Musa Aman bukan lagi Ketua Menteri Sabah – Istana Negeri

Posted Posted in SEMASA

KOTA KINABALU, 14 Mei (Bernama) — Setiausaha Sulit kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Abinan Asli hari ini menyampaikan surat pemberitahuan bahawa Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Tan Sri Musa Aman bukan lagi ketua menteri Sabah. Ketika  ditemui pemberita di sini, Abinan berkata beliau menghantar surat itu melalui setiausaha sulit Musa, Effendy Mohamed Sunoh, pada pukul […]

Perintah berkurung di ESSZONE dilanjutkan hingga 25 Mei – Polis Sabah

Posted Posted in SEMASA

KOTA KINABALU, 9 Mei (Bernama) —  Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang akan berakhir pada 6 petang hari ini dilanjutkan hingga 25 Mei, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din. Beliau berkata dengan pelanjutan itu, mereka yang tinggal di kawasan terbabit diminta berada di dalam rumah dan tidak […]

Datuk Seri Musa Aman dan tiga presiden parti komponen BN pertahan kerusi

Posted Posted in SEMASA

KOTA KINABALU, 26 April (Bernama) — Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman daripada UMNO dan presiden parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah, kecuali Tan Sri Joseph Kurup akan mempertahankan kerusi masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei. Kurup yang juga Presiden PBRS memberi laluan kepada anaknya Arthur Joseph Kurup untuk bertanding […]